Wednesday 8 June 2011

[ gAji pERtaMakU ]

Assalamualaikum...hehehe...tajuk entry aku kali ni nak gempak sikit (gempak ka?) ermmm..agak la....wekkk..
[ GAJI PERTAMAKU ]
Tu la tajuk entry aku akli ni. Alkisahnya aku ni kan baru ja tamat MENGAJI / BELAJAR. So, sibuk la mencari kerja lepas tu..Agak banyak jugak la rezeki aku yang dating tapi terpaksa aku tolak demi alasan yang aku sendiri ja yang faham…Selepas 1 minggu aku berkerja, dah masuk hujung bulan la pulak, so..orang laen sibuk bergaji, aku pun dapat la jugak gaji aku.hehehehe…(syukeeeeeee). Seperti yang aku dah niat dalam hati aku time aku mula masuk kerja,(aku nak belanja family aku makan dengan gaji pertama aku). Pada tarikh 7 Jun 2011 niat di hati aku pun tercapai…kebetulan pulak mak aku pun malas pulak nak masak…So.. “jom..! siap cepat, nak pi dah lepas tengok NORA ELINA dengan sembahyang . siapa lambat kena tinggal”
Nie ada la jugak serba sedikit pict yang aku sempat snap time kat restoran D’ Dapur Ibuku..


Adik aku yang kecik nie..lau bab berposing memang xpernah kalah..ada ja idea dia..adoiii la..

Nie pulak muka puas aku sebab hajat tercapai jugak(sekurang-kurangnya kalau lepas nie xsempat pun xpa la)

Nie lagi 1aksi panas dia suka buat kalau bergambar ngan mak aku…(huh..! budget aku jales ke)

Ha….nie ABC special kat restoran ni..rasa dia agak mengancam jugak la..mula-mula tak dak niat pun nak order…tapi my mom pulak berminat bila tengok orang kat meja belakang aku tu makan.. so…aku pun berkata-kata di dalam hati “order je lah, bukan selalu pun”

Nie pulak kueteaw kuah adik aku..rupa sajian yang agak menyelerakan la bila aku tengok…tapi aku tak minat kueteaw laaa…

Hah…amik tu..mak order nasi goring biasa ja coz takut nak makan makanan mahal-mahal.. Adoii la makcik sorang ni…Memajang macam tu..Bukan dia nak kena bayar pun..(memang my mom ni penjimat orangnya)

Ni my sis  SAKINAH..Suka sangat la dia ngan kueteaw..Awal-awal aku dah warning  dia “hang makan tak habis aku tinggal hang kat sini”

Huh…sorry la yea…xsempat nak posing dah..sedap gila makan sup perut..terbaek la sup dia..Korang pun ley la try…tomyam pun best…Lokasi restoran nie kat sebelah JKR Perlis. [cewah promote]

Sebelum balik sempat lagi dua orang nie berposing..huh..sib baik la HP aku tak pakai Kodak untuk snap pict..

Rasanya tu ja  kot untuk entry aku kali nie..happy reading guys…Wassalam..

No comments:

Post a Comment